Umum maklum bahawa Pencetus Ummah Amin sekarang sedang berada di kota suci Mekah untuk menunaikan umrah. Menerusi laman Instagram miliknya, PU Amin ada berkongsi beberapa momen sepanjang dia berada di sana.
Semalam, PU Amin ada berkongsi sebuah cerita mengenai seorang lelaki buta yang ditemuinya di sana.
“Dia buta . Tak dijangka saya diri sebelah dia . Ketika itu dia sedang baca Ayat Al Quran . Saya tengok dia bertongkat dan dia seorang buta tak dapat melihat . Saya menyampuk bacaan nya . Dia menoleh dan bersalam dengan saya . Kami berkenalan..
.
Lepas itu kami berselawat bersama . Masa ini di Masjid Quba . Masjid pertama Nabi bina dengan asas Taqwa . Habis berselawat, dia hanya senyum dan dia senyap kemudian berjalan pergi . Saya kejar dia dan nak ambil ambil gambar sama sama..
.
Saya kenalkan diri berulang kali . Saya kata tolong doakan aku . Kalau aku tak ada dalam syurga tolong cari aku dan ajak aku masuk syurga . Saya katakan lagi , amalan aku tak banyak tapi aku nak masuk syurga . Tolong selamatkan aku nanti , ingat nama aku , bawa aku masuk syurga . Dia peluk saya , dia cium kepala saya banyak kali..
.
Saya terus sebak , menangis seorang . Saya berikan sedikit sedekah , dia tolak , jarang orang tolak sedekah kat sini lepas tu dia kata aku hanya buta tapi aku bukan peminta sedekah . Puas saya pujuk akhirnya dia tolak tanpa dia sedar saya masukkan dalam poketnya wang tersebut . Inilah kisah si buta yang soleh..
.
Mulut dia tak henti henti baca Al Quran . Hatinya putih bercahaya . Dia orang Madinah Al Munawarah . Sangat cintakan Nabi Muhammad Saw..
.
Ya Allah ! Moga perkenalan aku dengan orang soleh ini menyebabkan aku selamat dari azab siksa di hati akhirat . Kawan kawan , pergi dekat dengan orang soleh , minta doa mereka..
.
Jangan sia sia kan orang soleh yang ada keliling kita . Mereka kekasih Allah Wali Allah , doa mereka hebat..”, kongsinya.
Menerusi ruangan komen entri tersebut, perkongsian PU Amin nyata telah menarik perhatian dan menyentuh hati orang ramai.
Sumber: Instagram PU Amin
Leave a Reply