“Hati kena kental, kena plan sebaiknya..”, Mila Jirin titip pesan kepada ibu yang bekerja

“Setiap ibu tak nak terlepas moment penting dalam pembesaran anak anak, setiap ibu ingin lakukan yang paling terbaik buat cahaya mata…”, itu kata-kata Mila Jirin yang turut berkongsi tips buat ibu-ibu yang bekerja sendiri.

Menurutnya ibu-ibu harus pandai bahagikan masa sebaik mungkin antara kerja dan keluarga.

“Macam ini lah rutin seorang ibu. Kena bahagikan masa sebaiknya. Kalau tak plan, kita yang akan stress.”

“Pada ibu -ibu yang bekerja sendiri tu, hati kena kental, kena plan sebaiknya. InsyaAllah sama-sama kita berjaya dunia akhirat;”, katanya menerusi video yang dikongsi di Instagram.

“RUTIN….Jadi seorang ibu yang memacu 7 Syarikat di bawah Bizmilla Holdings memerlukan “PERANCANGAN MASA YANG BETUL”…. Setiap ibu tak nak terlepas moment penting dalam pembesaran anak anak, setiap ibu ingin lakukan yang paling terbaik buat cahaya mata…

Saya doakan semua Ibu “Mommy #entrepreneur ” diberi ketabahan dan kekuatan fizikal dan mental serta berjaya dunia Akhirat….Doakan saya juga 😘”, tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

RUTIN….Jadi seorang ibu yang memacu 7 Syarikat di bawah Bizmilla Holdings memerlukan “PERANCANGAN MASA YANG BETUL”…. Setiap ibu tak nak terlepas moment penting dalam pembesaran anak anak, setiap ibu ingin lakukan yang paling terbaik buat cahaya mata… – Saya doakan semua Ibu “Mommy #entrepreneur ” diberi ketabahan dan kekuatan fizikal dan mental serta berjaya dunia Akhirat….Doakan saya juga 😘

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Video pendek yang dikongsinya itu telah mendapat kira-kira 7 ribu tontonan setakat ini.

Mila yang juga bekas juara Akademi Fantasia 5 telah berkahwin dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata , Arif Zikri yang kini berusia 2 tahun.

 

Sumber: Instagram Mila Jirin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*