Terharu dengan penganugerahan ikon permotoran yang diterimanya, pelawak dan penyanyi Achey menjelaskan, bahawa dia tidak pernah terlintas untuk memiliki gelaran tersebut.
Jelasnya lagi, ini kerana dia merasakan lebih ramai yang layak untuk terima anugerah tersebut selain dirinya.
“Alhamdulillah… sebenarnya tidak terlintas di fikiran untuk mendapat gelaran ikon di dalam industri.. apatah lagi di mata peminat permotoran malaysia ..yes aku obses dgn motosikal tapi tidak@ke tahap menjadikan diri ini somebody..kerana aku berfikiran ‘siapa aku’… ramai lagi yang layak.. ramai lagi yang jauh lebih baik dari aku…ada yang bagitau kau tak nampak tapi kami nampak sbb apa kau layak…kalau bersebab aku terima.. kalau mejoriti mmg tak pernah mimpi 🤣🤣..dan komuniti permotoran di @hkmm_officialmalaysia membuatkan aku rasa berbaloi berada dalam keluarga permotoran malaysia.. tq @hkmm_officialmalaysia ..
..
Dan terima kasih keluarga @gengasapnaem yang menjadi wakil aku untuk anugerah ‘ikon permotoran viral malaysia’ … dan dengan anugerah ini aku bertambah sayang dengan kominiti permotoran malaysia… 💪💪 ..
..
#gengasap #belanjakaw #kintangkintung #acheyracingteam #pepahje #bocey #ikanmas #symvf3i185cc“, tulisnya.
Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen, peminat mengucapkan tahniah kepadanya dan merasakan bahawa Achey sememangnya layak untuk terima pengiktirafan itu.
Sumber: Instagram Achey Kingtang Kintung
Leave a Reply