Pernah terkenal dengan lagu hit Makhlvk Tuhan Paling Seks1, Mulan Jameela adalah salah seorang artis Indonesia yang telah meraih perhatian ramai peminat di Indonesia dan juga luar negara.
Namun, kini penyanyi jelita itu telah pun merubah pemakaiannya secara drastik sejak beberapa bulan yang lalu. Perubahannya berhijab labuh dan berliput telah menjadi tanda tanya di kalangan peminat mengapa Mulan bertindak demikian.
Meskipun ada sumber yang mengatakan Mulan telah mengalami mas4lah yang ser1us sehingga membuatkan dirinya insaf, namun kenyataan itu telah ditolak oleh Mulan sendiri.
Bahkan, suaminya Ahmad Dhani sendiri tiada jawapan untuk tindakannya itu malah hanya mampu mendoakan yang terbaik buat isterinya.
Mulan pernah berkata bahawa alasannya untuk berubah adalah banyak sekali. Diantaranya ialah kerana anak, orang tua, suami dan diri sendiri.
Malah menurutnya terlalau banyak penyesalan yang terjadi pada dirinya lantas dia cuba untuk merubah diri menjadi yang lebih baik terutama sekali terhadap ibu bapanya.
Mulan turut berkongsi saat dimana dia tekad untuk berhijrah ialah apabila dia dan suaminya sedang menaiki pesawat menuju ke Palestin.
“Salah satu yang bikin semakin yakin mungkin perjalanan dari Jakarta ke Palestina. Itu kan aku di pesawat sempat ngalamin pesawat goyang banget yang bikin aku lumayan ada rasa ket@kutan dan merasakan kayaknya aku udah men1nggal nih saat itu.”
“Mas Dhani pun aku selama jalan sama mas Dhani ga pernah ngelihat sekhawatir itu sampai mas Dhani baca doa.”
Pada ketika itu, pesawat tiba-tiba ber0yang dan dia merasai ket4kutan yang amat sangat. Sejurus detik itu, dia bertekad untuk berhijrah menjadi muslimah yang sejati.
Sumber: Carian Google, Instagram Mulan Jameela
Leave a Reply