Selain bergelar usahawan tudung, Neelofa mendedahkan bahawa dia juga menyimpan angan-angan untuk menceburi bidang industri makanan dan minuman (Food and Beverages).
Dia yang mengambil inspirasi dari bapanya yang mengusahakan Village Park berkata , produk minuman terbarunya, Nilofa telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan mendorongnya lagi untuk lebih serius dalam bidang tersebut.
“Jadi bila saya berkesempatan untuk melakukan F&B, mengeluarkan produk very straight forward seperti air, barangan keperluan harian, maka kenapa saya tidak mencubanya kan”, katanya melalui Media Hiburan.
“Impaknya sangat luar biasa kerana dahulu saya hanya fokus pada kosmetik dan hijab. Jadi ini ialah yang pertama dan mendapat reaksi yang positif.”
Tambahnya lagi, dia ingin mengembangkan lagi perniagaannya dalam bidang makanan dengan menjalankan servis penghantaran menu harian ‘fresh food’ yang dikhususkan untuk sarapan pagi.
“Menu hidangan yang sinonim dengan orang Kelantan ialah ‘Nasi Berlauk’. Setakat ini kami sudah pun ‘set up’ our central kitchen di Selangor dan permulaan operasinya akan bermula di Lembah Klang.
View this post on Instagram
US Never ending shenanigans with this one @nabilzira #thebestpear #lofaatwork #lofatalks #shehosts
Jelasnya lagi, perniagaan terbaru nya itu bakal dimulakan pada Januari tahun hadapan dan sedang melalui proses ‘test run’ .
Good luck Neelofa!
Leave a Reply